posted by Tuan Blog in Coretan
Pagi tadi aku dapat email dari x-classmate aku ketika blaja sesama dulu dekat Unikl-BMI. Email itu pasal issue pengiktirafan Degree Kejuruturaan Teknologi Unikl yang tak diiktiraf oleh pihak EAC (Engineering Accredidation Council) dan BEM (Board of Engineers Malaysia). Issue ni telah lama dah dibincangkan tapi masih belum ade solution yang menampakkan hasil. Kalau yang membaca blog aku ni student-student yang tengah mengikuti kursus Kejuruteraan Teknologi di Unikl harap bersabar.. jangan sakit jantung plak. yang dah grad nie memang dah redha dah.. tapi tak semua la hehe. Untuk berkongsi ape yang diemail oleh x-classmate aku kepada pihak bertanggungjawab unikl boleh la baca seperti dibawah ini.
This one ape yang kawan aku email kepada pihak bertanggungjawab Unikl….
Salam,
saya ingin bertanya. Saya adalah pelajar lulusan Ijazah Sarjana Muda teknologi Kejuruteraan Elektronik daripada Universiti Kuala Lumpur/ British Malaysian Institute. Baru-baru ini saya berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia sebagai Jurutera Siswazah. Tetapi mendapat maklumbalas daripada Lembaga Jurutera Malaysia, yang kelulusan Ijazah Sarjana Muda teknologi Kejuruteraan Elektronik daripada Universiti Kuala Lumpur/ British Malaysian Institute adalah tidak diiktiraf oleh Lembaga Jurutera Malaysia. Sehubungan itu, saya memohon respon UNIKL berkenaan hal ini. Adalah kursus kejuruteraan yang ditawarkan oleh UNIKL kesemua tidak diiktiraf oleh Lembaga Jurutera Malaysia dan kenapa? sila hubungi saya; 019-xxx xxxx
Sekian Terima Kasih
Salam Hormat;
<%name%>
Eksekutif
<%company name%>,
Pejabat Kawasan N. Selangor & Wilayah Persekutuan
And respon dari pihak bertanggungjawab Unikl….
Salam <%name%>
Terlebih dahulu pihak kami mengucapkan terima kasih atas keprihatinan anda terhadap institusi kami.
Berhubung isu tiada pengiktirafan oleh pihak EAC (Engineering Accreditation Council) & BEM (Board of Engineers Malaysia), adalah dimaklumkan bahawa pada masa ini, pengiktirafan memang hanya diberi kepada program-program yang berstatus `kejuruteraan’ (Engineering) sahaja dan tidak kepada program yang berstatus `Kejuruteraan teknologi’, sebagaimana yang tertakluk dalam Akta Jurutera. Untuk pengetahuan anda `kejuruteraan’ dan `kejuruteraan teknologi’ adalah disiplin yang berlainan dimana kaedah dan konsep pembelajaran adalah sedikit berlainan
Pihak kami sedang berusaha dengan pelbagai cara semenjak tahun 2008 bagi memohon agar semua program yang berstatus `kejuruteraan teknologi’ ini mendapat pengiktirafan dari pihak BEM, namun usaha ini masih diperingkat perbincangan dengan pelbagai pihak yang terlibat, memandangkan isu ini bukan satu isu yang kecil dimana pihak BEM perlu menggubal akta mereka yang mana ini akan melibatkan jemaah menteri sekiranya mereka bercadang untuk memberi pengiktirafan kepada program `kejuruteraan teknologi’.
Pihak kami juga berharap agar pihak BEM dapat menggubal akta tersebut dan seterusnya isu pengiktirafan program `kejuruteraan teknologi’ tidak lagi timbul. Namun pihak kami juga dimaklumkan oleh pihak EAC/BEM bahawa mana-mana graduan yang bukan dari bidang kejuruteraan, masih boleh mendapatkan pengiktirafan dengan menduduki peperiksaan yang ditetapkan oleh pihak IEM (Institution of Engineering Malaysia).
Terima kasih.
<%name%>
Pen. Pengurus
Pusat Jaminan Kualiti
UniKL