posted by Tuan Blog in Events| Travel and Living
Hari ini aku telah merajinkan diri join activiti Tali-tenang. Program ini dianjurkan oleh geng-geng yang menganjurkan KL Freeze in Unison tahun lepas kat Pavilion. Aku terjebak kat program ni setelah mendapat info dari kawan, so aku google jumpa kat facebook. Tapi kawan aku tu tak join pon die kecohkan jer. Kalau korang tak tau juga boleh pergi ker website ini – http://randomalphabets.com/domestic/tali-tenang/ ade keterangan lanjut pasal activiti ni.
The motif program ini adalah untuk raikan kematangan kita sebagai sebuah masyarakat yang berjaya maintain cool! Dan menjadi inspirasi kepada mereka yang tak berapa cool.
Program start sekitar pukul 5 petang bertempat di stesen LRT Bangsar. Sekitar 100++ orang yang join terdiri dari pelbagai bangsa, agama dan umur. Mak cik – Pak Cik pon ade yang muda pun ade yang kecik – kecik comel-comel pun ade. Program bermula dengan masing-masing menyambung tali yang dibawa di balcony bangunan baru sebelah stesen LRT tu aku pon tak sure ape nama building tu, tapi building baru. Sebelum memulakan “Ranggi Town” atau bahasa skema nya bersiar-siar di Town, kitaorang sempat mengambil 1 minit – silent untuk berkabung terhadap kemangkatan Sultan Johor. Then after that dengan membawa tali yang diikat panjang tu, tanpa memutuskan kitaorang berjalan menuju ke Pekan Bangsar. Bukan senang nak cakap senang la nak maintain tali panjang tu tak bagi putus. On the way memang ade yang putus.. nak melintas jalan reramai tak boleh. So terpaksa diorang cut into beberapa group.
Destinasi tujuan adalah di Kompleks Sukan Bangsar. So tali dibawa sekitar town Bangsar sambil menuju ke destinasi tujuan. Di dalam perjalanan banyak kenderaan meng hon-hon kan kenderaan mereka tanda menyokong dan coolnya mereka. Ade juga yang memberi laluan kepada kami untuk melintas. Perjalan yang agak memenatkan.. sebab boleh tahan jauh gak nak jalan kaki dari stesen LRT ke Komplek Sukan Bangsar tu. Kalau yang terlebih berat tu balik umah timbang mesti kurang 2-3 kilo hehe. Sekitar 1 jam perjalanan akhirnya tiba di destinasi terakhir. Di sini semua perserta berkumpul bersesi fotographi bersama cameraman dan membuat “ombak” dan “kalang-wave”.. then bersurai..
p/s gambar tak sempat nak upload hari ini. Lain hari aku upload. Sempat upload video jer tu pon salah letak tahun supposely 2010 bukan 2009 .. hehe