Posts Tagged ‘bukit tabur

Feb

1
2010

Memanjat Bukit Tabur

posted by Tuan Blog in Travel and Living

Bukit Tabur


Semalam aku dan Mukmin serta bersama-sama dengan ahli forum cari.com.my telah pergi memanjat Bukit Tabur. Bukit Tabur ini mempunyai 2 jalan. Route 1 – West dan Route 2 – East. Bukit yang kami panjat ini adalah yang route 2 iaitu yang di sebelah timur(east). Route 2 ini adalah lebih mudah untuk dipanjat berbanding route 1 yang mana lebih mencabar. Kami memulakan pemanjatan bukit ini dalam pukul 7:45 pagi dan memakan masa lebih kurang 2 jam termasuk la berhenti rehat untuk tiba di puncak yang paling terakhir bukit tabur ini.

Di atas bukit ini kita boleh melihat permandangan sekitar bandaraya Kuala Lumpur dan Pinggiran Kuala Lumpur. Semalam permandangan tak begitu baik kerana ada jerubu di bandaraya Kuala Lumpur. Kepada mereka yang ingin mencuba dinasihatkan pergi dalam kumpulan 4 orang atau lebih kerana semasa memanjat dapat membantu antara satu sama lain. Then kasut janganla pakai kasut2 canvas, kerana bukit tabur ni ada kawasan batu granite yang keras-keras. Cari kasut yang tapak nye tebal sedikit dan bunga tapak yang sesuai untuk offroad.

Bukit ini agak mencabar kepada mereka yang tak pernah ada pengalaman panjat memanjat. and yang penting kalau pergi ke sana jaga la keselamatan. Sentiasa fokus dan watch out every step.


ShoutMix chat widget