Posts Tagged ‘Bukit Broga

Jan

17
2010

Eksplorasi Broga Hill

posted by Tuan Blog in Travel and Living

Broga hills


Pagi tadi jam 4.00 pagi aku dah housemate (mukmin) telah bersiap2 untuk explorasi ke Broga Hills. Explorasi kali ini kami mengikut rombongan ahli-ahli forum cari.com.my yang memang semua anggotanya berbangsa Chinese. Aku dengan Mukmin jer peserta melayu. Kami berkumpul di wangsa maju pukul 4.30 pagi, dan bergerak ke McD Taman Midah Cheras untuk bersarapan dan tempat checkpoint dengan ahli-ahli yang lain. Setelah bersarapan pagi dalam pukul hampir pukul 6 pagi kami bertolak ke Broga Hills. Ke semua ahli rombongan sebanyak 8 buah kereta anggaran dalam lebih kurang 32 orang semuanya. Broga Hills yang terletak di Semenyih, Kajang mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk sampai ke kaki bukit Broga dari Taman Midah Cheras, kalau dari KL lebih kurang dalam 1 jam. Semasa tiba di kaki bukit memang dah ramai orang sampai walaupun jam ketika itu baru dalam 6.30 pagi. agak sukar juga mendapatkan parking kereta yang terletak di celah-celah pokok kelapa sawit kerana waktu itu banyak tempat-tempat parking orang dah park dah.


broga hills


Dengan berjalan kaki dalam lebih kurang tak sampai sejam mendaki denau-denau bukit kami berjaya tiba di puncak yang pertama Broga Hills ini. Mengikut pengiraan aku ade 4 puncak semua nya dan antara puncak ke puncak tak lah jauh dalam 5-10 minit perjalanan pendakian jer. Puncak yang teratas sekali tu menberikan sedikit la cabaran sebab kena pakai tali untuk tiba di atas puncaknya. Perjalanan tidaklah begitu menyusahkan. Ade jugak kelihatan kanak-kanak kecil riang ria, warga tua mendaki bukit ini. Bila tiba kat atas puncak ni memang dah ramai orang sedang menunggu matahari terbit lelebih lagi penggemar DSLR yang kelihatan berduyun-duyun hendak mengambil gambar matahari terbit. Aku yang hanya berbekalkan camera digital canon ixus sempat jugak merakam kan beberapa gambar di atas Broga Hills ni.



Broga Hills
Broga HIlls
Broga Hills


Setelah puas berada di atas, dan matahari mulai memancar terik dalam lingkungan pukul 9 pagi, kami pun turun semula ke bawah. Sebelum pulang kami singgah sebentar ke sebuah Tokong di Pekan Broga. Kelihatan ramai pelawat disana datang mengambil gambar. Actually tokong tu ade nama khas. Tapi aku dah lupa ape nama dia. Kalau nak pergi ke sana dari Broga Hills tu terus jer sampai dah tak boleh jalan hehe. Nanti kat hujung jalan tu nampak la tokong tu. Di sebabkan kami mengikut rombongan kengkawan Cina so kami pon ikut jer la diorang ke sini. Dalam pukul 12 tengahari balik ke rumah masing-masing. Terima kasih kepada ahli forum cari.com.my yang sudi menjemput kami. Thanks!

Broga Hills


ShoutMix chat widget