Posts Tagged ‘avatar

Jan

3
2010

Cerita di sebalik Avatar.

posted by Tuan Blog in Coretan

Avatar

Yeah, malam semalam aku bersama beberapa ahli-ahli keluarga OPSA telah menyaksikan cerita Avatar yang cambest tu. Antara yang menyertai aktiviti ini adalah Cik Siti Muslihah, Kak Ngah, Ucop dan Raifi. Walaupun agak ketinggalan menonton movie Avatar ini panggung wayang TGV di Sunway Piramid tetap fullhouse. Dengan tempat duduk kami yang begitu EXCLUSIVE, kat row paling-paling depan. Terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur yang mendapatkan tiket terpaling exclusive. Nasib baik cerita avatar ni best and cool. So tak la terasa sangat sakit tengkuk kami semua. Selepas abis tengok citer yang selama 2 jam 30minit ni, masing-masing plan nak tengok lagi sebab rasa tak puas hati kerna duduk kat front row.

Apa-apa pon cerita Avatar nie mmg best. Cerita yang membawa penonton ke dunia yang hebat dan diluar batasan imiginasi kita semua. Dengan penggunaan teknologi canggih dan kesan khas pada visual filem arahan James Cameron ini memang tidak menghampakan penonton. Apa-apa pon cerita ni memang best. Cerita yang membawa  kita ke dunia alien melalui mata Jake Sully (Hero Citer ni) , seorang bekas tentera marine yang terdampar di atas kerusi roda sebab lumpuh. Walaupun begitu die seorang yang mempunyai semangat juang yang tinggi. Dia dihantar ke Pandora (tempat makhluk asing tu) di atas sebab untuk berkomunikasi dan negotiate ngan makhluk asing tu yang di panggil Na’vi untuk mendapatkan bahan mineral yang tak terdapat dibumi. Bahan mineral tu adalah penyelesaian masalah bahan tenaga untuk digunakan di muka bumi.

Dengan Technology Bioscience yang hebat manusia telah berjaya mencipta badan biologi.. hurm kalau korang ade tengok citer anime Bleach concept die sama mcm faux body. Badan Biologi ni adalah hybrid DNA Na’vi dan DNA Manusia. Badan biologi nie boleh dikawal secara remote menggunakan alat canggih. Dengan badan biologi Jake Sully seperti mendapat kaki nya kembali. dan cerita bermula dimana die mula berkomunikasi dengan orang Na’vi sehingga jatuh cinta;  dari orang asing menjadi bagai seorang raja..  Tapi part yang best time die dapat tangkap Uruk Macto tu.. apekah itu Uruk Macto? nak citer lebih pon malas.. korang tengok la sendiri yer..

Setelah abis menonton wayang kami befoya-foya ke kedai makan Pelita. Sesambil berfoya-foya dan makan kat situ sempat bersembang-sembang tentang aktiviti-activiti untuk tahun 2010. 3.00 pagi,  Setelah berpuluh gelas air abis, dan masing-masing dah mengantuk semua balik ke rumah.


ShoutMix chat widget