May

13
2010

Memoirs of Friends

posted by Tuan Blog in Coretan

Sungguh sukar mencari waktu-waktu yang senang untuk mengupdate blog. Semenjak ketiadaan internet dirumah banyak masa dihabiskan di depan televisyen sahaja. Sometimes teringat kisah-kisah silam rakan-rakan dahulu ketika belajar. Pelbagai ragam dan 1000 cerita antara mereka. Paling aku ingat selalunya mereka yang menggembirakan mereka yang menyakitkan hati.. huhu.. dari yang membuatku tersenyum ke mereka yang membuat hati ini terasa kecil…

 

Sometime aku terfikir tentang mereka yang pandai berjanji tapi hanya berjanji manis saja.. Selalu nya golongan ni terdiri dari orang yang suka meminjam.. tak kira la wang, printer, pen, pensel dan sebagainya.. tapi kisah yang paling aku ingat yang mana sepasang kawan yang berjanji dalam masa seminggu mahu melangsaikan hutang tapi sampai sekarang pon tak selesai lagi. Rasanya dah 3 tahun lebih. Kalau ditanya mana mereka.. aku sendiri tak tahu. Mereka pon seperti melarikan diri jer… tak tau la itu hanya pandangan aku. Doa kan semoga satu hari nanti mereka sedar akan tanggung jawab mereka.

 

Sometime aku terfikir tentang mereka yang selalu usha-usha awek kat cafe, kat foyer kolej and where ever. Kebanyakkan mereka dah kahwin. Hanya tinggal sikit je masih tak reti-reti nak kahwin termasuk la aku… huhu

 

Sometime aku terfikir tentang mereka yang selalu buat homework sama-sama…. huhu ini paling best sebab biasanya sorang jer dapat jawaban yang lain at the end semua copy saja.

 

Sometime aku teringat kisah aku kena halau kuar dari kelas oleh lecturer sebab tersenyum-senyum.. haha

 

Sometime aku teringat kisah kawan yang menggodam pc makmal, habis semua harddisk, cd-rom, mainboard semua nya kena bawak kebas kecuali casing jer yang tinggal..

 

Sometime.. rasa malas plak nak habiskan pos nie.. huhu sori ade kerja nak buat sambung next post

Comment Form


ShoutMix chat widget