Apr

11
2010

Hai, setelah lama tak mengupdate blog ini, kini aku kembali membawa satu cerita..

 

Sabtu, 10 April 2010. Cerita bermula pada pagi yang dingin dengan hujan membuatku sukar terjaga dari lena. Puas ku menanti telefon bimbitku berdering, tapi tak berdering-dering. Jam sudah menunjukkan 7.20 minit pagi. Sepatutnya pada masa ini telefon bimbitku berdering. 7.40 pagi.. telefon bimbitku masih segak di atas meja tanpa berdering. Hati mulai risau.. lalu aku mencapai telefon bimbit ku dah mendail… 012 – xxx xxxx. tut tut~ tut tut~ telefon bedering… tut~tut.. "hello, ha awak.. kat mana ni? kata nak datang pukul 7.40 pagi..? Dah pukul bape nie?" aku bertanya kepada yang menjawab telefon. "Saya tengah bersiap la nie, dah nak gerak la ni..lambat dah nie" jawabnya. "okay cepat sikit", aku membalas dan terus memutuskan perbualan. Aku gagahkan kan diri bagai melepaskan dari kunci-kunci rantai yang menggari setiap kaki dan tangan ku bangun dari katil dan terus mencapai tuala mandi dan bersiap-siap untuk ke suatu destinasi.

 

8.20 pagi, telefon bimbitku berdering dan lantas aku menjawab nyer. "Hello, awak saya dah sampai kat bawah", kata si pemanggil. "Okay kejap lagi saya turun", aku menjawab.

 

"Ha, dah lambat kata nak datang pukul 7.40?!", aku mengeluh sebaik saja membuka pintu kereta dah terus melabuhkan punggung ku ke tempat duduk penumpang hadapan. "Tu la dah lambat dah ni", Aishah membalas.

 

Destinasi kami adalah Universiti Putra Malaysia (UPM), dan objektif pagi ini adalah tiba di sana sebelum pukul 9.00 pagi. Lalu Aishah menekan pedal minyak kereta dan kereta kami berderu memulakan perjalanan ke UPM merempuh hujan gerimis dah suasana pagi yang begitu selesa berlena.

 

p/s mata dah mengantuk.. tunggu bersambung pada post akan datang..

2 Responses to Dari Peperiksaan SPA ke The Curve: Ep 1

Avatar

NaniE

April 14th, 2010 at 4:34 pm

kenapa aku rasa mcm tgh bace cerpen nih?
hehe..mcm poyo2 jer..haha..

Avatar

Kem

April 14th, 2010 at 4:36 pm

memang cerpen pon haha

Comment Form


ShoutMix chat widget