Apr

11
2010

Suasana jalan di MRR2 amat baik. Dengan cuaca hujan yang renyai-renyai kereta kami menuju ke arah destinasi ditujui. Sepanjang perjalanan aku duduk bagaikan raja tak perlu memandu kerana dah ada pemandu yang tak berapa berkhemah sangat. hehe.. perjalanan mengambil masa 30 minit untuk tiba ke UPM. Sesampai saja di UPM kami terus mencari signboard MARDI sebab di situ la tempat yang kami perlu tujui. Masuk saja ke dalam UPM jalan sangat la sesak dan jam yang tiada puncanya. Signboard MARDI pon sudah tidak kelihatan. Jam pula sudah menunjukkan lagi 20 minit pukul 9.00.

 

Dengan tanpa signboard MARDI sebagai petunjuk, aku dah Aishah bagai hilang petunjuk arah mana nak tuju. Dengan keadaan jalan yang sesak dah jam amat la kritical untuk menentukan arah mana nak dituju. Salah masuk simpang akibatnya merana dan itu la yang terjadi kepada aku dan Aishah kerana driver a.k.a Aishah salah masuk simpang lalu mendapat padah. Trafic jam membawa kami ke satu simpang tiga. Pilihan adelah kiri atau kanan, dan kerana mengikut gerak kata hati Aishah, dia membelokkan stereng kereta ke kiri alasan sebab kiri tu tak berapa nak jam sangat dan signboard ke kanan tulis pintu utama UPM. Kalau menghala ke pintu utama mean maksud nye keluar la kata Aishah. Aku hanya menurut jer ape yang dikatakan. Jadi diringkaskan cerita memang kitaorang masuk jalan yang sesat, sesat dan terus sesat di dalam kesesakan lalu lintas di dalam UPM tu.

 

Setelah jam menunjukkan 9.10 pagi baru la kitaorang mengakui kitaorang dah salah jalan. Sebagai langkah terakhir Aishah cuba menelefon rakan nya yang dulu belajar di UPM. Tetapi nasib tidak menyelebelahi kami kerana rakan Aishah tu pun tidak tahu di mana bangunan MARDI itu cuma dia cakap pernah dengar tapi tak tau kat mana.. hati yang kecewa kini kian remuk. Menurut rakan Aishah UPM ni memang ”hobi" nya jam. Hati Aishah telah kecewa kerana gagal sampai ke tempat di tuju pada masa yang ditetapkan. Ini bermakna Aishah tidak dapat menduduki peperiksaan SPA yang selama ini ditunggu-tunggu. Aku yang berada disebelah cuba memujuk hatinya yang kecewa itu. "Takpe la kita cuba lalu Pintu Utama UPM tu, mana la tau ade kat situ kot bagunan MARDI tu. Klau lambat cuba la mintak nak masuk jugak sebab mcm ramai jer orang yang lambat." kata aku cuba memujuk hati Aishah yang kecewa itu.

 

Memang betul bangunan MARDI tu ade kat pintu utama UPM, tapi masa kitaorang sampai kat situ jam dah pun pukul 9.40 pagi. 9.40 pagi adalah tamat masa untuk paper pertama. hehe so Aishah dah tawar hati untuk mengambil peperiksaaan SPA itu. Aishah mengambil telefon bimbit dan SMS ibunya tentang hasratnya yang tak tercapai itu. Sooo setelah hati retak seribu, remuk dan hancur berderai tidak dapat mengambil peperiksaan SPA aku terus memberi cadangan untuk mengurangkan kekecewaan. Cadangan bermula dengan bersarapan pagi di Pasar Tani UPM. Sekurang-sekurangnya tak dapat amik peperiksaan SPA dapat breakfast kat UPM pon jadi la. Kami bersarapan Laksa Penang. Sungguh sedap laksanya dengan cuaca yang hujan renyai-renyai memang sangat la masyuk. Semasa bersarapan itu aku memberi cadangan kepada Aishah.. "Apa kata kita pergi Low Yatt? sebab nak amik RAM hari tu masa beli laptop kedai kat Low Yatt tu lupa bagi". Aishah just kata okay. "Lepas tu kita pegi The Curve lunch nak tak?" kataku lagi.. "Saya tak kesah", kata Aishah.

 

So selepas sarapan tu kami ke Low Yatt Plaza untuk mengambil RAM dan sempat jugak aku membeli sedikit barang-barang. Kemudian kami berdua pergi ke The Curve bagi mengubati hati Aishah yang kecewa, hancur lebur, remuk dan retak seribu tak dapat ambil exam SPA itu. Inilah kisah dari Peperiksaan Exam SPA ke The Curve. hehe

9 Responses to Dari Peperiksaan SPA ke The Curve: Ep 2

Avatar

NaniE

April 14th, 2010 at 4:37 pm

waaa..besnye cerpen nih..aku nk bg 4 1/2 bintangla..chaiyok2

Avatar

Tuan Blog

April 14th, 2010 at 10:46 pm

hehe nanti aku tulis banyak lagi cerpen.. rajin2 baca la yer

Avatar

amakussama

April 15th, 2010 at 12:51 am

bak kate pepatah…alang2 mandi biar gune sabun…ekeke…

Avatar

Kem

April 15th, 2010 at 12:57 am

syampu tak yah ker?

Avatar

NaniE

April 15th, 2010 at 9:13 am

aisyah, nextime suh je khem drive..
adeke duk rileks2 je jd bos..

Avatar

Kem

April 15th, 2010 at 10:28 am

ish nama pon boss mana leh drive.. tentu la driver yang drive haha

Avatar

Don Chorleone

April 19th, 2010 at 3:41 pm

next time survey2 la dulu tempat mana nak exam, update GPS ker, tengok google map ker, wikimapia ker, peta yang jual kat stesen minyak tu ker, jangan lah pagi tu baru nak main redah ajer….

update blog boleh…takkan nak survey maeps mardi takleh…

salam sejahtera…

Avatar

NaniE

April 20th, 2010 at 5:26 pm

khem kalo jalan2 kt KL Selangor nih, serah je pada die, tak perlu garmin, ovi maps, google maps sume..hehe..terutama jalan ke kuala selangor..

Avatar

Tuan Blog

April 21st, 2010 at 11:00 pm

dalam google map tu mana der MARDI-MAEP, dah usha dah. Sesat dalam UPM jer. Bukan aku sorang jer yang lambat.. ramai lagi yang tak dapat sampai sebab terlalu jam dalam tu.

Comment Form


ShoutMix chat widget