posted by Tuan Blog in Travel and Living
Ini cerita aku bersama Rompongz. Last weekend (26-28 Feb 2010) Rompongz telah melaksanakan Eco-Ride ke Melaka. Mengapa “Eco”. Konon sebab ride ini ke kawasan kampong yang hijau, that why “Eco” Ride. Walaupun Ride konon ECO, tapi masih lagi penggunaan 100% minyak petrol dan 0% penggunaan biofuel.
Cerita bermula pada 26th Feb 2010, 3.15 ptg. RV di Shell Ulu-Klang, dan bergerak ke second check point RV ke Sungai Besi dalam pukul 4.00 ptg. Dengan perlepasan permulaan yang agak progresif, masing-masing bagaikan setahun tak ride motor, menunggang dengan gaya bebas, menuevering variation dan kelajuan menuju ke Shell Sg. Besi. Aku yang ride di belakang melihat variasi penunggangan Rompongz sambil tersenyum dan mengeleng-gelengkan kepala. Haha..
So sampai di Shell Sg. Besi Sekitar kul 4.15 ptg. Then dapat berita motor Napie rosak pulak, pastu Ajoi plak banyak hal la pulak. Agak lama tunggu diorang kat Shell sampai nak hujan. Lastly leader wat decision RV kat Seremban sbb dah nak hujan. So dalam 5.30 ptg gerak ke RnR Seremban.. Masuk je highway masing-masing terus membesit kelajuan maksimum meninggal kan aku kat belakang sorang-sorang. Dalam perjalanan tu hujan turun nasib baik lagi dah dekat dah kat RnR Seremban. So melepak la kat RnR Seremban ni sambil tunggu Napie dan Ajoi sampai. Lama gak tunggu diorang. Hujan pon lebat time nie… Pukul 6 lebih Napie dan Ajoi pon sampai. Then dalam pukul 7 continue the ride to Masjid Tanah Melaka…
Penunggangan dari RnR Seremban menyaksikan kehebatan saudara Dean dan Along bergabung bagai dirasuk SYAITAN, menunggang + meroket pada kelajuan maksimum sampai signboard jalan pun tak boleh Nampak.. orang suruh exit kat Simpang Ampat diorang belasah sampai Air Keroh terlajak 30km.. tak pasal-pasal kitaorang kena tunggu duo ni kat tol Simpang Ampat tu… so malam tu mmg duo nie menjadi ‘bahan’ la.
Dalam pukul 9 malam Rompongz tiba di destinasi. Segala penginapan di sini ditaja sepenuhnya oleh Firdaus a.k.a Pedok. Private place yang cantik, ade kolam ikan siap, bilik yang berhawa dingin, tumbuhan hijau, dewan makan, jeti dan suasana yang damai yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Thanks untuk Pedok dan sekeluarga. Then masing-masing amik bilik dah bersiap untuk BBQ. Malam tu tak banyak activity. BBQ dan bebas. Ade yang memancing, menyembang, buat magic dan etc. Dean dan Iqmal membahagikan T-shirt Eco Ride malam tu. T-Shirt mmg mantop. Thanks Dean and Iqmal. You did very good job. huhu
27 Feb 2010, Bersarapan di pekan Masjid Tanah. Ade yang tak join sebab masih lagi membuta. Pas sarapan ade yang nak basuh moto tapi tak dapat sebab kat masjid tanah tu diorang tak basuh motor bike. Diorang cakap superbike kitaorang tak basuh bang. Kapchai leh la.. haha kesian.. so balik ngan tangan kosong. Pepagi pun activity bebas. Masih ramai lagi yang membuta. So yang dah bangun tu sembang2, memancing dan etc sambil menunggu makan tengahari.Makan tengahari haritu jauh gak la ke Kuala Sungai Baru. Aku pon tak tau ape yang special kat situ aku rasa biasa jer tapi tak tau la pada ahli Rompongz yang lain. Abis makan balik lagi ke Masjid Tanah. Balik tu aku membuta tak tau bbudak nie ape aktiviti.. Petang skit bangun wat photoshoot kat kebun getah..
Malam kitaorang pegi ranggi town Bandar Hilir. On the way ke Bandar Hilir kitaorang break-up into 2 group sebab jalan sesak ade so ade yang tersalah masuk jalan. At last jumpa kat Mahkota Parade and then makan malam kat McD MegaMall. After makan pegi jalan-jalan kat Uptown Jalan Pahlawan. Memasing shopping beli hadiah untuk activity tukar-tukar hadiah. Then setelah penat menghabiskan duit kat Uptown kitaorang pegi ke Bandar Hilir untuk sesi photoshoot lagi. On the way nak gi sana boleh plak si Jinggo tergolek moto coz hilang balancing time traffic sesak. Tapi dengan selamba jer si Jinggo angkat moto sorang-sorang then terus jalan macam takder ape yang berlaku. Macam tak berat je aku tengok si Jinggo angkat moto. Kalau aku tak terangkat moto tu. Then sampai kat Bandar Hilir kat bangunan color merah aku dah lupa ape nama bangunan tu. Kat situ la masing-masing ngan pose tersendiri membuat photoshoot sampai lebam. Then kul 12 lebih balik… Masa balik semua pakai gear 8, tinggal aku sorang2 kat belakang. Moto aku gear sampai 6 jer. Kondisi aku pon masa tu dah agak penat so aku tak join la diorang membesit bagaikan malaun disampuk pelisit rimba. Then sampai kat port masing-masing refreshing bersiap untuk activity tukar-tukar hadiah.
So masa sesi tukar-tukar hadiah agak best jugak la, tak sangka budak Rompongz yang masing-masing muka ganasz… tapi dalam HATI STILL ADE TAMAN haha. Sebab aku rasa pandai diorang beli hadiah yang ade agak sentimental value. Memang time tukar-tukar hadiah tu agak suspend dan surprise dan tak kurang juga lawak jenaka yang tak kering gusi bergelak. Then tido….
28 Februari 2010, Hari ni last day kat sini. Pagi bersarapan goreng pisang yang disediakan oleh family Pedok. Time pagi nie majority Rompongz masih membuta sebab malam tak tido agaknya. Tengahari pon makan makananan yang dimasak oleh ahli keluarga pedok. Pas makan tengahari aku tido sbb petang dah nak balik. So petang dalam pukul 6 petang bersiap utk pulang. Plannyer sebelum pulang makan seafood kat Pengkalan Balak. Makan memang marvelous Siakap Stim, Kerapu 3 rasa, lala, kerang etc. 16 orang makan total charge RM400++. Then after Maghrib berangkat pulang ke KL. RV di Seremban sebab pastu ramai yang berpecah ke destinasi masing-masing. So kat Seremban RV salam-salam then berangkat terus balik ke rumah. – tamat –
Ini kisah dan pengalaman aku bersama Rompongz. I’ve enjoy every moment in the trip. It was a great ride together. Thanks guys until we meet again. Kalau nak tengok gambar leh tengok kat Blog Rompongz
posted by Tuan Blog in Travel and Living
Semalam aku dan Mukmin serta bersama-sama dengan ahli forum cari.com.my telah pergi memanjat Bukit Tabur. Bukit Tabur ini mempunyai 2 jalan. Route 1 – West dan Route 2 – East. Bukit yang kami panjat ini adalah yang route 2 iaitu yang di sebelah timur(east). Route 2 ini adalah lebih mudah untuk dipanjat berbanding route 1 yang mana lebih mencabar. Kami memulakan pemanjatan bukit ini dalam pukul 7:45 pagi dan memakan masa lebih kurang 2 jam termasuk la berhenti rehat untuk tiba di puncak yang paling terakhir bukit tabur ini.
Di atas bukit ini kita boleh melihat permandangan sekitar bandaraya Kuala Lumpur dan Pinggiran Kuala Lumpur. Semalam permandangan tak begitu baik kerana ada jerubu di bandaraya Kuala Lumpur. Kepada mereka yang ingin mencuba dinasihatkan pergi dalam kumpulan 4 orang atau lebih kerana semasa memanjat dapat membantu antara satu sama lain. Then kasut janganla pakai kasut2 canvas, kerana bukit tabur ni ada kawasan batu granite yang keras-keras. Cari kasut yang tapak nye tebal sedikit dan bunga tapak yang sesuai untuk offroad.
Bukit ini agak mencabar kepada mereka yang tak pernah ada pengalaman panjat memanjat. and yang penting kalau pergi ke sana jaga la keselamatan. Sentiasa fokus dan watch out every step.
posted by Tuan Blog in Events| Travel and Living
Hari ni aku menghadiri majlis perkahwinan member sepermainan suatu ketika dulu ketika menuntut di Unikl – BMI iaitu saudara Zulkifli Nordin atau nama lebih dikenali dengan nama komersial nye Joe. Turut menemani aku ke Melaka 2 orang kawan, Wan dan Nordin. Kitaorang bergerak dari Sg. Besi dalam pukul 11.30 pagi dan tiba dilokasi kejadian dalam pukul 12.30 tengahari.
Majlis Perkahwinan ni special skit sebab ade 2 pasangan yang naik pelamin. 1 pasangan Joe dah pasangan kakaknye. Aku sempat merakam beberapa scene video untuk dikongsi, kepada yang tak dapat hadir tu leh la layan video yang sempat aku rakam kan.
p/s kat atas tu ade dialog clouds, kalau korang kreatif korang leh isikan apekah yang sepatutnya berdasarkan aksi yang ditunjukkan oleh pengantin tu. huhuhu pemenang akan diberi hadiah yang cambest.
posted by Tuan Blog in Events| Travel and Living
Hari ini aku telah merajinkan diri join activiti Tali-tenang. Program ini dianjurkan oleh geng-geng yang menganjurkan KL Freeze in Unison tahun lepas kat Pavilion. Aku terjebak kat program ni setelah mendapat info dari kawan, so aku google jumpa kat facebook. Tapi kawan aku tu tak join pon die kecohkan jer. Kalau korang tak tau juga boleh pergi ker website ini – http://randomalphabets.com/domestic/tali-tenang/ ade keterangan lanjut pasal activiti ni.
The motif program ini adalah untuk raikan kematangan kita sebagai sebuah masyarakat yang berjaya maintain cool! Dan menjadi inspirasi kepada mereka yang tak berapa cool.
Program start sekitar pukul 5 petang bertempat di stesen LRT Bangsar. Sekitar 100++ orang yang join terdiri dari pelbagai bangsa, agama dan umur. Mak cik – Pak Cik pon ade yang muda pun ade yang kecik – kecik comel-comel pun ade. Program bermula dengan masing-masing menyambung tali yang dibawa di balcony bangunan baru sebelah stesen LRT tu aku pon tak sure ape nama building tu, tapi building baru. Sebelum memulakan “Ranggi Town” atau bahasa skema nya bersiar-siar di Town, kitaorang sempat mengambil 1 minit – silent untuk berkabung terhadap kemangkatan Sultan Johor. Then after that dengan membawa tali yang diikat panjang tu, tanpa memutuskan kitaorang berjalan menuju ke Pekan Bangsar. Bukan senang nak cakap senang la nak maintain tali panjang tu tak bagi putus. On the way memang ade yang putus.. nak melintas jalan reramai tak boleh. So terpaksa diorang cut into beberapa group.
Destinasi tujuan adalah di Kompleks Sukan Bangsar. So tali dibawa sekitar town Bangsar sambil menuju ke destinasi tujuan. Di dalam perjalanan banyak kenderaan meng hon-hon kan kenderaan mereka tanda menyokong dan coolnya mereka. Ade juga yang memberi laluan kepada kami untuk melintas. Perjalan yang agak memenatkan.. sebab boleh tahan jauh gak nak jalan kaki dari stesen LRT ke Komplek Sukan Bangsar tu. Kalau yang terlebih berat tu balik umah timbang mesti kurang 2-3 kilo hehe. Sekitar 1 jam perjalanan akhirnya tiba di destinasi terakhir. Di sini semua perserta berkumpul bersesi fotographi bersama cameraman dan membuat “ombak” dan “kalang-wave”.. then bersurai..
p/s gambar tak sempat nak upload hari ini. Lain hari aku upload. Sempat upload video jer tu pon salah letak tahun supposely 2010 bukan 2009 .. hehe
posted by Tuan Blog in Travel and Living
Pagi tadi jam 4.00 pagi aku dah housemate (mukmin) telah bersiap2 untuk explorasi ke Broga Hills. Explorasi kali ini kami mengikut rombongan ahli-ahli forum cari.com.my yang memang semua anggotanya berbangsa Chinese. Aku dengan Mukmin jer peserta melayu. Kami berkumpul di wangsa maju pukul 4.30 pagi, dan bergerak ke McD Taman Midah Cheras untuk bersarapan dan tempat checkpoint dengan ahli-ahli yang lain. Setelah bersarapan pagi dalam pukul hampir pukul 6 pagi kami bertolak ke Broga Hills. Ke semua ahli rombongan sebanyak 8 buah kereta anggaran dalam lebih kurang 32 orang semuanya. Broga Hills yang terletak di Semenyih, Kajang mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk sampai ke kaki bukit Broga dari Taman Midah Cheras, kalau dari KL lebih kurang dalam 1 jam. Semasa tiba di kaki bukit memang dah ramai orang sampai walaupun jam ketika itu baru dalam 6.30 pagi. agak sukar juga mendapatkan parking kereta yang terletak di celah-celah pokok kelapa sawit kerana waktu itu banyak tempat-tempat parking orang dah park dah.
Dengan berjalan kaki dalam lebih kurang tak sampai sejam mendaki denau-denau bukit kami berjaya tiba di puncak yang pertama Broga Hills ini. Mengikut pengiraan aku ade 4 puncak semua nya dan antara puncak ke puncak tak lah jauh dalam 5-10 minit perjalanan pendakian jer. Puncak yang teratas sekali tu menberikan sedikit la cabaran sebab kena pakai tali untuk tiba di atas puncaknya. Perjalanan tidaklah begitu menyusahkan. Ade jugak kelihatan kanak-kanak kecil riang ria, warga tua mendaki bukit ini. Bila tiba kat atas puncak ni memang dah ramai orang sedang menunggu matahari terbit lelebih lagi penggemar DSLR yang kelihatan berduyun-duyun hendak mengambil gambar matahari terbit. Aku yang hanya berbekalkan camera digital canon ixus sempat jugak merakam kan beberapa gambar di atas Broga Hills ni.
Setelah puas berada di atas, dan matahari mulai memancar terik dalam lingkungan pukul 9 pagi, kami pun turun semula ke bawah. Sebelum pulang kami singgah sebentar ke sebuah Tokong di Pekan Broga. Kelihatan ramai pelawat disana datang mengambil gambar. Actually tokong tu ade nama khas. Tapi aku dah lupa ape nama dia. Kalau nak pergi ke sana dari Broga Hills tu terus jer sampai dah tak boleh jalan hehe. Nanti kat hujung jalan tu nampak la tokong tu. Di sebabkan kami mengikut rombongan kengkawan Cina so kami pon ikut jer la diorang ke sini. Dalam pukul 12 tengahari balik ke rumah masing-masing. Terima kasih kepada ahli forum cari.com.my yang sudi menjemput kami. Thanks!