Archive for June, 2010

Jun

15
2010

Hampa..

posted by Tuan Blog in Coretan

Semalam aku amik half day. Kebetulan ade sesorang tu memonteng kerja pada hari tu jugak. so aku pon menganjak die kuar makan lewat tengahari.. sbb dah agak petang. Tengah-tengah dalam keta tetiba satu idea terpancul dari mulut aku.." jom kita gi tengok wayang, nak tak?", "Jom", jawab si pemonteng kerja.. so after a while kita orang decide pegi tengok kat midvalley cerita Karate Kid. Dengan menahan lapar, kami bertolak ke Midvalley. Sampai jer kat Midvalley parking FULL.. so aku pon “what the…. , hari Isnin pon penuh?”, sambil terpinga-pinga lantas si pemonteng kerja berkata, “cuti sekolah nie, sbb tu ramai orang”. “Ape kena mengena budak sekolah ngan kereta? takkan diorang bawak kereta datang Midvalley dengan keta? lesen pon takder..”, kataku.

 

Masuk jer dalam Midvalley.. memang ramai giler orang.. memang ramai budak sekolah, dan parent yang turut serta memeriahkan cuti sekolah dengan diorang sekali pon sibuk-sibuk cuti bawak anak pergi midvalley. Kami terus ke kaunter jualan tiket wayang. Beratur agak panjang tapi tak sepanjang bila citer Harry Potter or Transformers tengah ditayangkan. setelah setengah jam beratur dapat sampai jugak ke kaunter jualan. “Cerita karate kid ade”? tanya si pemonteng kerja kepada penjual tiket.”pukul 4 dah penuh.. pukul 4.30 ade front row jer available.”, jawab penjual tiket dengan selamba tanpa rasa bersalah terhadap kami yang beratur panjang nie. Next show pukul 6.45.. hurm kalau tengok ni confirm solat Magrib tak boleh perform. So aku membuat keputusan tak payah la tengok. cerita lain pon malas nak tengok. So kitaorang keluar je dari kaunter tanpa membeli ape-ape tiket. Memang membazir masa beratur panjang.

 

 

Tetiba, si pemonteng kerja muncung sepanjang jalan.. “Napa nie?” aku bertanya.. “Nak tengok karate kid…”, katanya desperately. “hurm jom kita pegi tengok kat Pavilion, kat sana biasa tak ramai orang”, kataku. So kitaorang terus bergegas.. opss tapi sebelum tu sempat tapau makanan. Aku makan dalam kete on the way pegi Pavilion. Tapi memang malang kat pavilion juga sama jugak keadaaan nye penuh. ade pukul 5.45ptg tapi memandang kan citer tu pon 2 jam lebih. so tak bleh gak nak tengok. Lastly tengok jer citer Prince of Persia. Pemonteng kerja tido je dalam cinema kerana tengok citer tu for the second time. Aku layan sorang-sorang jer. So balik tu kitaorang balik ngan hampa.. -end-

 

p/s kepada pemonteng kerja: lain kali kita tengok karate kid yer hahaha tak pon download jer xD

Jun

2
2010

ke’busy’an melanda diriku..

posted by Tuan Blog in Coretan

wahai kipas mati khamsany.com, sori la lama tak update nanti-nanti ade masa akan diupdate la blog yang dah bersawang nie.. sekarang ni busy skit dengan assignment-assignment kat opis tue.. nak itu nak ini kena siap this week next week.. gaji tak up-up gak sigh… -end-


ShoutMix chat widget