Archive for March, 2010

Pagi tadi aku dapat email dari x-classmate aku ketika blaja sesama dulu dekat Unikl-BMI. Email itu pasal issue pengiktirafan Degree Kejuruturaan Teknologi Unikl yang tak diiktiraf oleh pihak EAC (Engineering Accredidation Council) dan BEM (Board of Engineers Malaysia). Issue ni telah lama dah dibincangkan tapi masih belum ade solution yang menampakkan hasil. Kalau yang membaca blog aku ni student-student yang tengah mengikuti kursus Kejuruteraan Teknologi di Unikl harap bersabar.. jangan sakit jantung plak. yang dah grad nie memang dah redha dah.. tapi tak semua la hehe. Untuk berkongsi ape yang diemail oleh x-classmate aku kepada pihak bertanggungjawab unikl boleh la baca seperti dibawah ini.

 

This one ape yang kawan aku email kepada pihak bertanggungjawab Unikl….

Salam,

 

saya ingin bertanya. Saya adalah pelajar lulusan Ijazah Sarjana Muda teknologi Kejuruteraan Elektronik daripada Universiti Kuala Lumpur/ British Malaysian Institute. Baru-baru ini saya berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia sebagai Jurutera Siswazah. Tetapi mendapat maklumbalas daripada Lembaga Jurutera Malaysia, yang kelulusan Ijazah Sarjana Muda teknologi Kejuruteraan Elektronik daripada Universiti Kuala Lumpur/ British Malaysian Institute adalah tidak diiktiraf oleh Lembaga Jurutera Malaysia. Sehubungan itu, saya memohon respon UNIKL berkenaan hal ini. Adalah kursus kejuruteraan yang ditawarkan oleh UNIKL kesemua tidak diiktiraf oleh Lembaga Jurutera Malaysia dan kenapa? sila hubungi saya; 019-xxx xxxx

 

Sekian Terima Kasih

 

Salam Hormat;

 

<%name%>
Eksekutif
<%company name%>,
Pejabat Kawasan N. Selangor & Wilayah Persekutuan

 

And respon dari pihak bertanggungjawab Unikl….

 

Salam <%name%>

 

Terlebih dahulu pihak kami mengucapkan terima kasih atas keprihatinan anda terhadap institusi kami.

Berhubung isu tiada pengiktirafan oleh pihak EAC (Engineering Accreditation Council) & BEM (Board of Engineers Malaysia), adalah dimaklumkan bahawa pada masa ini, pengiktirafan memang hanya diberi kepada program-program yang berstatus `kejuruteraan’ (Engineering) sahaja dan tidak kepada program yang berstatus `Kejuruteraan teknologi’, sebagaimana yang tertakluk dalam Akta Jurutera. Untuk pengetahuan anda `kejuruteraan’ dan `kejuruteraan teknologi’ adalah disiplin yang berlainan dimana kaedah dan konsep pembelajaran adalah sedikit berlainan

 

Pihak kami sedang berusaha dengan pelbagai cara semenjak tahun 2008 bagi memohon agar semua program yang berstatus `kejuruteraan teknologi’ ini mendapat pengiktirafan dari pihak BEM, namun usaha ini masih diperingkat perbincangan dengan pelbagai pihak yang terlibat, memandangkan isu ini bukan satu isu yang kecil dimana pihak BEM perlu menggubal akta mereka yang mana ini akan melibatkan jemaah menteri sekiranya mereka bercadang untuk memberi pengiktirafan kepada program `kejuruteraan teknologi’.

 

Pihak kami juga  berharap agar pihak BEM dapat menggubal akta tersebut dan seterusnya isu pengiktirafan program `kejuruteraan teknologi’ tidak lagi timbul. Namun pihak kami juga dimaklumkan oleh pihak EAC/BEM bahawa mana-mana graduan yang bukan dari bidang kejuruteraan, masih boleh mendapatkan pengiktirafan dengan menduduki peperiksaan yang ditetapkan oleh pihak IEM (Institution of Engineering Malaysia).

 

Terima kasih.

 

<%name%>
Pen. Pengurus
Pusat Jaminan Kualiti
UniKL

Mar

9
2010

TTS Rompongz & Ozon

posted by Tuan Blog in Events

Last Friday, bertempat di tempat favourite Rompongz, Restoran Siti Zubaidah – Danau Kota telah diadakan sesi TTS (Teh Tarik Session) antara group Rompongz dan Ozon. Turut serta dan hadir adalah segelintir dari Official Forum Ninja 250, Mikawa juga turut menghadirkan diri dengan memakai t-shirt Rompongz. Haha.. Ramai jugak la yang datang men-TTS kat sini. So dalam sesi TTS kali ni masing mengambil kesempatan berkenalan antara satu sama lain dan sembang-sembang.

 

Sesambil TTS, kebetulan plak haritu birthday Ajoi. So kitaorang celebrate birthday budak ni dengan limpahan Tepung Ubi Kayu.. terbaik.. beli kat 7eleven.  Aku sempat merakam video adegan-adegan melampau diorang nie. . memang abis kena tepung and bau agak kurang enak sebab pakai tepung ubi kayu pastu campur peluh masing-masing dah macam bau gam kanji yang dah expired. Haha –end- Mahu lihat gambar lebih-lebih lagi? klik sini

 

Mar

4
2010

 

Ini cerita aku bersama Rompongz. Last weekend (26-28 Feb 2010) Rompongz telah melaksanakan Eco-Ride ke Melaka. Mengapa “Eco”. Konon sebab ride ini ke kawasan kampong yang hijau, that why “Eco” Ride.  Walaupun Ride konon ECO, tapi masih lagi penggunaan 100% minyak petrol dan 0%  penggunaan biofuel.

 

Cerita bermula pada 26th Feb 2010, 3.15 ptg. RV di Shell Ulu-Klang, dan bergerak ke second check point RV ke Sungai Besi dalam pukul 4.00 ptg. Dengan perlepasan permulaan  yang agak progresif,  masing-masing bagaikan setahun tak ride motor, menunggang dengan gaya bebas, menuevering variation dan kelajuan menuju ke Shell Sg. Besi. Aku yang ride di belakang melihat variasi penunggangan Rompongz sambil tersenyum dan mengeleng-gelengkan kepala. Haha..

 

So sampai di Shell Sg. Besi Sekitar kul 4.15 ptg. Then dapat berita motor Napie rosak pulak, pastu Ajoi plak banyak hal la pulak. Agak lama tunggu diorang kat Shell sampai nak hujan. Lastly leader wat decision RV kat Seremban sbb dah nak hujan. So dalam 5.30 ptg gerak ke RnR Seremban.. Masuk je highway masing-masing terus membesit kelajuan maksimum meninggal kan aku kat belakang sorang-sorang. Dalam perjalanan tu hujan turun nasib baik lagi dah dekat dah kat RnR Seremban. So melepak la kat RnR Seremban ni sambil tunggu Napie dan Ajoi sampai. Lama gak tunggu diorang. Hujan pon lebat time nie… Pukul 6 lebih  Napie dan Ajoi pon sampai. Then dalam pukul 7 continue the ride to Masjid Tanah Melaka…

 

Penunggangan dari RnR Seremban menyaksikan kehebatan saudara Dean dan Along bergabung bagai dirasuk SYAITAN, menunggang + meroket pada kelajuan maksimum sampai signboard jalan pun tak boleh Nampak.. orang suruh exit kat Simpang Ampat diorang belasah sampai Air Keroh terlajak 30km.. tak pasal-pasal kitaorang kena tunggu duo ni kat tol Simpang Ampat tu… so malam tu mmg duo nie menjadi ‘bahan’ la.

 

Dalam pukul 9 malam Rompongz tiba di destinasi. Segala penginapan di sini ditaja sepenuhnya oleh Firdaus a.k.a Pedok. Private place yang cantik, ade kolam ikan siap, bilik yang berhawa dingin, tumbuhan hijau, dewan makan, jeti  dan suasana yang damai yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Thanks untuk Pedok dan sekeluarga.  Then masing-masing amik bilik dah bersiap untuk BBQ. Malam tu tak banyak activity. BBQ dan bebas. Ade yang memancing, menyembang, buat magic dan etc. Dean dan Iqmal membahagikan T-shirt Eco Ride malam tu. T-Shirt mmg mantop. Thanks Dean and Iqmal. You did very good job. huhu

 

27 Feb 2010, Bersarapan di pekan Masjid Tanah. Ade yang tak join sebab masih lagi membuta. Pas sarapan ade yang nak basuh moto tapi tak dapat sebab kat masjid tanah tu diorang tak basuh motor bike. Diorang cakap superbike kitaorang tak basuh bang. Kapchai leh la.. haha kesian.. so balik ngan tangan kosong. Pepagi pun activity bebas. Masih ramai lagi yang membuta. So yang dah bangun tu sembang2, memancing dan etc  sambil menunggu makan tengahari.Makan tengahari haritu jauh gak la ke Kuala Sungai Baru. Aku pon tak tau ape yang special kat situ aku rasa biasa jer tapi tak tau la pada ahli Rompongz yang lain. Abis makan balik lagi ke Masjid Tanah. Balik tu aku membuta tak tau bbudak nie ape aktiviti.. Petang skit bangun wat photoshoot kat kebun getah..

 

Malam kitaorang pegi ranggi town Bandar Hilir. On the way ke Bandar Hilir kitaorang break-up into 2 group sebab jalan sesak ade so ade yang tersalah masuk jalan. At last jumpa kat Mahkota Parade and then makan malam kat McD MegaMall. After makan pegi jalan-jalan kat Uptown Jalan Pahlawan. Memasing shopping beli hadiah untuk activity tukar-tukar hadiah. Then setelah penat menghabiskan duit kat Uptown kitaorang pegi ke Bandar Hilir untuk sesi photoshoot lagi. On the way nak gi sana boleh plak si Jinggo tergolek moto coz hilang balancing time traffic sesak. Tapi dengan selamba jer si Jinggo angkat moto sorang-sorang then terus jalan  macam takder ape yang berlaku. Macam tak berat je aku tengok si Jinggo angkat moto. Kalau aku tak terangkat moto tu. Then sampai kat Bandar Hilir kat bangunan color merah aku dah lupa ape nama bangunan tu. Kat situ la masing-masing ngan pose tersendiri membuat photoshoot sampai lebam. Then kul 12 lebih balik… Masa balik semua pakai gear 8, tinggal aku sorang2 kat belakang. Moto aku gear sampai 6 jer. Kondisi aku pon masa tu dah agak penat so aku tak join la diorang membesit bagaikan malaun disampuk pelisit rimba. Then sampai kat port masing-masing refreshing bersiap untuk activity tukar-tukar hadiah.

 

So masa sesi tukar-tukar hadiah agak best jugak la, tak sangka budak Rompongz yang masing-masing muka ganasz… tapi dalam HATI STILL ADE TAMAN haha. Sebab aku rasa pandai diorang beli hadiah yang ade agak sentimental value. Memang time tukar-tukar hadiah tu agak suspend dan surprise dan tak kurang juga lawak jenaka yang tak kering gusi bergelak. Then tido….

 

28 Februari 2010, Hari ni last day kat sini. Pagi bersarapan goreng pisang yang disediakan oleh family Pedok. Time pagi nie majority Rompongz masih membuta sebab malam  tak tido agaknya. Tengahari pon makan makananan yang dimasak oleh ahli keluarga pedok. Pas makan tengahari aku tido sbb petang dah nak balik. So petang dalam pukul 6 petang bersiap utk pulang. Plannyer sebelum pulang makan seafood kat Pengkalan Balak. Makan memang marvelous Siakap Stim, Kerapu 3 rasa, lala, kerang etc. 16 orang makan total charge RM400++.  Then after Maghrib berangkat pulang ke KL. RV di Seremban sebab pastu ramai yang berpecah ke destinasi masing-masing. So kat Seremban RV salam-salam then berangkat terus balik ke rumah. – tamat –

 

Ini kisah dan pengalaman aku bersama Rompongz. I’ve enjoy every moment in the trip. It was a great ride together. Thanks guys until we meet again. Kalau nak tengok gambar leh tengok kat Blog Rompongz


ShoutMix chat widget