posted by Tuan Blog in Events| Travel and Living
Hari ni aku menghadiri majlis perkahwinan member sepermainan suatu ketika dulu ketika menuntut di Unikl – BMI iaitu saudara Zulkifli Nordin atau nama lebih dikenali dengan nama komersial nye Joe. Turut menemani aku ke Melaka 2 orang kawan, Wan dan Nordin. Kitaorang bergerak dari Sg. Besi dalam pukul 11.30 pagi dan tiba dilokasi kejadian dalam pukul 12.30 tengahari.
Majlis Perkahwinan ni special skit sebab ade 2 pasangan yang naik pelamin. 1 pasangan Joe dah pasangan kakaknye. Aku sempat merakam beberapa scene video untuk dikongsi, kepada yang tak dapat hadir tu leh la layan video yang sempat aku rakam kan.
p/s kat atas tu ade dialog clouds, kalau korang kreatif korang leh isikan apekah yang sepatutnya berdasarkan aksi yang ditunjukkan oleh pengantin tu. huhuhu pemenang akan diberi hadiah yang cambest.
posted by Tuan Blog in Events| Travel and Living
Hari ini aku telah merajinkan diri join activiti Tali-tenang. Program ini dianjurkan oleh geng-geng yang menganjurkan KL Freeze in Unison tahun lepas kat Pavilion. Aku terjebak kat program ni setelah mendapat info dari kawan, so aku google jumpa kat facebook. Tapi kawan aku tu tak join pon die kecohkan jer. Kalau korang tak tau juga boleh pergi ker website ini – http://randomalphabets.com/domestic/tali-tenang/ ade keterangan lanjut pasal activiti ni.
The motif program ini adalah untuk raikan kematangan kita sebagai sebuah masyarakat yang berjaya maintain cool! Dan menjadi inspirasi kepada mereka yang tak berapa cool.
Program start sekitar pukul 5 petang bertempat di stesen LRT Bangsar. Sekitar 100++ orang yang join terdiri dari pelbagai bangsa, agama dan umur. Mak cik – Pak Cik pon ade yang muda pun ade yang kecik – kecik comel-comel pun ade. Program bermula dengan masing-masing menyambung tali yang dibawa di balcony bangunan baru sebelah stesen LRT tu aku pon tak sure ape nama building tu, tapi building baru. Sebelum memulakan “Ranggi Town” atau bahasa skema nya bersiar-siar di Town, kitaorang sempat mengambil 1 minit – silent untuk berkabung terhadap kemangkatan Sultan Johor. Then after that dengan membawa tali yang diikat panjang tu, tanpa memutuskan kitaorang berjalan menuju ke Pekan Bangsar. Bukan senang nak cakap senang la nak maintain tali panjang tu tak bagi putus. On the way memang ade yang putus.. nak melintas jalan reramai tak boleh. So terpaksa diorang cut into beberapa group.
Destinasi tujuan adalah di Kompleks Sukan Bangsar. So tali dibawa sekitar town Bangsar sambil menuju ke destinasi tujuan. Di dalam perjalanan banyak kenderaan meng hon-hon kan kenderaan mereka tanda menyokong dan coolnya mereka. Ade juga yang memberi laluan kepada kami untuk melintas. Perjalan yang agak memenatkan.. sebab boleh tahan jauh gak nak jalan kaki dari stesen LRT ke Komplek Sukan Bangsar tu. Kalau yang terlebih berat tu balik umah timbang mesti kurang 2-3 kilo hehe. Sekitar 1 jam perjalanan akhirnya tiba di destinasi terakhir. Di sini semua perserta berkumpul bersesi fotographi bersama cameraman dan membuat “ombak” dan “kalang-wave”.. then bersurai..
p/s gambar tak sempat nak upload hari ini. Lain hari aku upload. Sempat upload video jer tu pon salah letak tahun supposely 2010 bukan 2009 .. hehe
posted by Tuan Blog in Travel and Living
Pagi tadi jam 4.00 pagi aku dah housemate (mukmin) telah bersiap2 untuk explorasi ke Broga Hills. Explorasi kali ini kami mengikut rombongan ahli-ahli forum cari.com.my yang memang semua anggotanya berbangsa Chinese. Aku dengan Mukmin jer peserta melayu. Kami berkumpul di wangsa maju pukul 4.30 pagi, dan bergerak ke McD Taman Midah Cheras untuk bersarapan dan tempat checkpoint dengan ahli-ahli yang lain. Setelah bersarapan pagi dalam pukul hampir pukul 6 pagi kami bertolak ke Broga Hills. Ke semua ahli rombongan sebanyak 8 buah kereta anggaran dalam lebih kurang 32 orang semuanya. Broga Hills yang terletak di Semenyih, Kajang mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk sampai ke kaki bukit Broga dari Taman Midah Cheras, kalau dari KL lebih kurang dalam 1 jam. Semasa tiba di kaki bukit memang dah ramai orang sampai walaupun jam ketika itu baru dalam 6.30 pagi. agak sukar juga mendapatkan parking kereta yang terletak di celah-celah pokok kelapa sawit kerana waktu itu banyak tempat-tempat parking orang dah park dah.
Dengan berjalan kaki dalam lebih kurang tak sampai sejam mendaki denau-denau bukit kami berjaya tiba di puncak yang pertama Broga Hills ini. Mengikut pengiraan aku ade 4 puncak semua nya dan antara puncak ke puncak tak lah jauh dalam 5-10 minit perjalanan pendakian jer. Puncak yang teratas sekali tu menberikan sedikit la cabaran sebab kena pakai tali untuk tiba di atas puncaknya. Perjalanan tidaklah begitu menyusahkan. Ade jugak kelihatan kanak-kanak kecil riang ria, warga tua mendaki bukit ini. Bila tiba kat atas puncak ni memang dah ramai orang sedang menunggu matahari terbit lelebih lagi penggemar DSLR yang kelihatan berduyun-duyun hendak mengambil gambar matahari terbit. Aku yang hanya berbekalkan camera digital canon ixus sempat jugak merakam kan beberapa gambar di atas Broga Hills ni.
Setelah puas berada di atas, dan matahari mulai memancar terik dalam lingkungan pukul 9 pagi, kami pun turun semula ke bawah. Sebelum pulang kami singgah sebentar ke sebuah Tokong di Pekan Broga. Kelihatan ramai pelawat disana datang mengambil gambar. Actually tokong tu ade nama khas. Tapi aku dah lupa ape nama dia. Kalau nak pergi ke sana dari Broga Hills tu terus jer sampai dah tak boleh jalan hehe. Nanti kat hujung jalan tu nampak la tokong tu. Di sebabkan kami mengikut rombongan kengkawan Cina so kami pon ikut jer la diorang ke sini. Dalam pukul 12 tengahari balik ke rumah masing-masing. Terima kasih kepada ahli forum cari.com.my yang sudi menjemput kami. Thanks!
posted by Tuan Blog in Coretan
Apa yang cambest pasal application NUDE-IT nie.. ape2 pon korang tengok dulu video kat bawah nie..
so… macamner… is that for Real?? benarkah?? kalau la benar.. maka especially lelaki mestila memberi jawapan “wow”, “mana nak download nie” dan pelbagai reaksi positif terhadap application ni. So ape plak kate kaum wanita.. “what the f!”, “oh no..” dan pelbagai reaksi negatif la.. So ape pendapat korang pasal application nie. Video nie di post kat youtube sejak october 2009 dan telah diberi perhatian oleh orang-orang di muka bumi nie. Orang yang bertanggung jawab menyiarkan dan memproducekan video nie boleh lihat secara detail kat http://www.whoisthebaldguy.com
Impak application nie terhadap dunia.
My Opinion…hurm this application is totally fake. Come on guys… walaupun iPhone tu canggih tapi tak munkin ade technology ni..
ntah la apa2 pon application ni mmg fake la pada I. so what your call? pikir2 kan la.
posted by Tuan Blog in Coretan
Yeah, malam semalam aku bersama beberapa ahli-ahli keluarga OPSA telah menyaksikan cerita Avatar yang cambest tu. Antara yang menyertai aktiviti ini adalah Cik Siti Muslihah, Kak Ngah, Ucop dan Raifi. Walaupun agak ketinggalan menonton movie Avatar ini panggung wayang TGV di Sunway Piramid tetap fullhouse. Dengan tempat duduk kami yang begitu EXCLUSIVE, kat row paling-paling depan. Terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur yang mendapatkan tiket terpaling exclusive. Nasib baik cerita avatar ni best and cool. So tak la terasa sangat sakit tengkuk kami semua. Selepas abis tengok citer yang selama 2 jam 30minit ni, masing-masing plan nak tengok lagi sebab rasa tak puas hati kerna duduk kat front row.
Apa-apa pon cerita Avatar nie mmg best. Cerita yang membawa penonton ke dunia yang hebat dan diluar batasan imiginasi kita semua. Dengan penggunaan teknologi canggih dan kesan khas pada visual filem arahan James Cameron ini memang tidak menghampakan penonton. Apa-apa pon cerita ni memang best. Cerita yang membawa kita ke dunia alien melalui mata Jake Sully (Hero Citer ni) , seorang bekas tentera marine yang terdampar di atas kerusi roda sebab lumpuh. Walaupun begitu die seorang yang mempunyai semangat juang yang tinggi. Dia dihantar ke Pandora (tempat makhluk asing tu) di atas sebab untuk berkomunikasi dan negotiate ngan makhluk asing tu yang di panggil Na’vi untuk mendapatkan bahan mineral yang tak terdapat dibumi. Bahan mineral tu adalah penyelesaian masalah bahan tenaga untuk digunakan di muka bumi.
Dengan Technology Bioscience yang hebat manusia telah berjaya mencipta badan biologi.. hurm kalau korang ade tengok citer anime Bleach concept die sama mcm faux body. Badan Biologi ni adalah hybrid DNA Na’vi dan DNA Manusia. Badan biologi nie boleh dikawal secara remote menggunakan alat canggih. Dengan badan biologi Jake Sully seperti mendapat kaki nya kembali. dan cerita bermula dimana die mula berkomunikasi dengan orang Na’vi sehingga jatuh cinta; dari orang asing menjadi bagai seorang raja.. Tapi part yang best time die dapat tangkap Uruk Macto tu.. apekah itu Uruk Macto? nak citer lebih pon malas.. korang tengok la sendiri yer..
Setelah abis menonton wayang kami befoya-foya ke kedai makan Pelita. Sesambil berfoya-foya dan makan kat situ sempat bersembang-sembang tentang aktiviti-activiti untuk tahun 2010. 3.00 pagi, Setelah berpuluh gelas air abis, dan masing-masing dah mengantuk semua balik ke rumah.