Semalam aku amik half day. Kebetulan ade sesorang tu memonteng kerja pada hari tu jugak. so aku pon menganjak die kuar makan lewat tengahari.. sbb dah agak petang. Tengah-tengah dalam keta tetiba satu idea terpancul dari mulut aku.." jom kita gi tengok wayang, nak tak?", "Jom", jawab si pemonteng kerja.. so after a while kita orang decide pegi tengok kat midvalley cerita Karate Kid. Dengan menahan lapar, kami bertolak ke Midvalley. Sampai jer kat Midvalley parking FULL.. so aku pon “what the…. , hari Isnin pon penuh?”, sambil terpinga-pinga lantas si pemonteng kerja berkata, “cuti sekolah nie, sbb tu ramai orang”. “Ape kena mengena budak sekolah ngan kereta? takkan diorang bawak kereta datang Midvalley dengan keta? lesen pon takder..”, kataku.
Masuk jer dalam Midvalley.. memang ramai giler orang.. memang ramai budak sekolah, dan parent yang turut serta memeriahkan cuti sekolah dengan diorang sekali pon sibuk-sibuk cuti bawak anak pergi midvalley. Kami terus ke kaunter jualan tiket wayang. Beratur agak panjang tapi tak sepanjang bila citer Harry Potter or Transformers tengah ditayangkan. setelah setengah jam beratur dapat sampai jugak ke kaunter jualan. “Cerita karate kid ade”? tanya si pemonteng kerja kepada penjual tiket.”pukul 4 dah penuh.. pukul 4.30 ade front row jer available.”, jawab penjual tiket dengan selamba tanpa rasa bersalah terhadap kami yang beratur panjang nie. Next show pukul 6.45.. hurm kalau tengok ni confirm solat Magrib tak boleh perform. So aku membuat keputusan tak payah la tengok. cerita lain pon malas nak tengok. So kitaorang keluar je dari kaunter tanpa membeli ape-ape tiket. Memang membazir masa beratur panjang.
Tetiba, si pemonteng kerja muncung sepanjang jalan.. “Napa nie?” aku bertanya.. “Nak tengok karate kid…”, katanya desperately. “hurm jom kita pegi tengok kat Pavilion, kat sana biasa tak ramai orang”, kataku. So kitaorang terus bergegas.. opss tapi sebelum tu sempat tapau makanan. Aku makan dalam kete on the way pegi Pavilion. Tapi memang malang kat pavilion juga sama jugak keadaaan nye penuh. ade pukul 5.45ptg tapi memandang kan citer tu pon 2 jam lebih. so tak bleh gak nak tengok. Lastly tengok jer citer Prince of Persia. Pemonteng kerja tido je dalam cinema kerana tengok citer tu for the second time. Aku layan sorang-sorang jer. So balik tu kitaorang balik ngan hampa.. -end-
p/s kepada pemonteng kerja: lain kali kita tengok karate kid yer hahaha tak pon download jer xD
Posted by Tuan Blog in Coretan
wahai kipas mati khamsany.com, sori la lama tak update nanti-nanti ade masa akan diupdate la blog yang dah bersawang nie.. sekarang ni busy skit dengan assignment-assignment kat opis tue.. nak itu nak ini kena siap this week next week.. gaji tak up-up gak sigh… -end-
Posted by Tuan Blog in Coretan
Sungguh sukar mencari waktu-waktu yang senang untuk mengupdate blog. Semenjak ketiadaan internet dirumah banyak masa dihabiskan di depan televisyen sahaja. Sometimes teringat kisah-kisah silam rakan-rakan dahulu ketika belajar. Pelbagai ragam dan 1000 cerita antara mereka. Paling aku ingat selalunya mereka yang menggembirakan mereka yang menyakitkan hati.. huhu.. dari yang membuatku tersenyum ke mereka yang membuat hati ini terasa kecil…
Sometime aku terfikir tentang mereka yang pandai berjanji tapi hanya berjanji manis saja.. Selalu nya golongan ni terdiri dari orang yang suka meminjam.. tak kira la wang, printer, pen, pensel dan sebagainya.. tapi kisah yang paling aku ingat yang mana sepasang kawan yang berjanji dalam masa seminggu mahu melangsaikan hutang tapi sampai sekarang pon tak selesai lagi. Rasanya dah 3 tahun lebih. Kalau ditanya mana mereka.. aku sendiri tak tahu. Mereka pon seperti melarikan diri jer… tak tau la itu hanya pandangan aku. Doa kan semoga satu hari nanti mereka sedar akan tanggung jawab mereka.
Sometime aku terfikir tentang mereka yang selalu usha-usha awek kat cafe, kat foyer kolej and where ever. Kebanyakkan mereka dah kahwin. Hanya tinggal sikit je masih tak reti-reti nak kahwin termasuk la aku… huhu
Sometime aku terfikir tentang mereka yang selalu buat homework sama-sama…. huhu ini paling best sebab biasanya sorang jer dapat jawaban yang lain at the end semua copy saja.
Sometime aku teringat kisah aku kena halau kuar dari kelas oleh lecturer sebab tersenyum-senyum.. haha
Sometime aku teringat kisah kawan yang menggodam pc makmal, habis semua harddisk, cd-rom, mainboard semua nya kena bawak kebas kecuali casing jer yang tinggal..
Sometime.. rasa malas plak nak habiskan pos nie.. huhu sori ade kerja nak buat sambung next post
Posted by Tuan Blog in Coretan
Aku menutup suis seterika. "fuh.." aku lega setelah hampir 10 minit melayan panas dan suam menggosok seluar yang sudah lama tidak bergosok. Seluar yang tak bermaya kelihatan lebih anggun dan tampan dan memberikan semangat si pemakai untuk digayakan. Pagi masih sejuk dan nyaman, dan aku terfikir selalu masa-masa sebegini aku masih lagi lena diulik mimpi. hehe.
"Vrooom..", my bike thundering to storm the morning silent.. (sekali-sekala tulis Inggeris). Aku terus menunggang motor menghala ke tempat yang aku paling malas nak tuju. Dari rumah ku menuruni bukit tampak bergaya sambil menunggang motor berwarna hijau. Dari bukit terus masuk ke MRR2 yang yarabbi memang la rutin pagi harian nye sangatlah sesak dan jam. Disebalik kesesakan itu aku menyelit-nyelit tubuh sasa motor hijau ku bagaikan membawa kapchai jer lalu di lorong yang ade antara celah-celah antara dua kenderaan beroda empat. "Nasib baik naik moto tak la terperangkap dalam jam", kata hatiku. Tapi ingat kalau hujan pula, "Nasib baik aku naik kereta", tapi bukan aku la yang akan berkata tapi orang yang naik kereta. Jadi lumrah hidup tak selalu kita berada di atas. Aku terus mendesup… dan…..
"Oi awal sampai bang!" suara yang terngiang-ngiang di telinga ku yang tak berapa nak capang ni. "Ni perli ke ape", lubuk hati ku berkata. "Awal ker..?" lantas aku membalas tanpa menoleh kepada orang yang menyuarakan soalan… Diam tanpa balasan. Aku terus menuju ke "Developer Lair".. huhu nama dah horror – mana tak horor yang kerja dalam bilik ni orang-orang yang unik TAPI aku TERKECUALI aku jer orang yang normal tersesat masuk keja dalam bilik ni. Gelap…. aku membuka suis lampu ternyata tiada seorang pun telah tiba. Aku lihat jam pada hanset klasik ku.. jam baru 9.00 pagi.. huhu patut la.. Hari ni aku melangkah awal ke dalam ofis.. oh tidak…
Posted by Tuan Blog in Coretan
Suasana jalan di MRR2 amat baik. Dengan cuaca hujan yang renyai-renyai kereta kami menuju ke arah destinasi ditujui. Sepanjang perjalanan aku duduk bagaikan raja tak perlu memandu kerana dah ada pemandu yang tak berapa berkhemah sangat. hehe.. perjalanan mengambil masa 30 minit untuk tiba ke UPM. Sesampai saja di UPM kami terus mencari signboard MARDI sebab di situ la tempat yang kami perlu tujui. Masuk saja ke dalam UPM jalan sangat la sesak dan jam yang tiada puncanya. Signboard MARDI pon sudah tidak kelihatan. Jam pula sudah menunjukkan lagi 20 minit pukul 9.00.
Dengan tanpa signboard MARDI sebagai petunjuk, aku dah Aishah bagai hilang petunjuk arah mana nak tuju. Dengan keadaan jalan yang sesak dah jam amat la kritical untuk menentukan arah mana nak dituju. Salah masuk simpang akibatnya merana dan itu la yang terjadi kepada aku dan Aishah kerana driver a.k.a Aishah salah masuk simpang lalu mendapat padah. Trafic jam membawa kami ke satu simpang tiga. Pilihan adelah kiri atau kanan, dan kerana mengikut gerak kata hati Aishah, dia membelokkan stereng kereta ke kiri alasan sebab kiri tu tak berapa nak jam sangat dan signboard ke kanan tulis pintu utama UPM. Kalau menghala ke pintu utama mean maksud nye keluar la kata Aishah. Aku hanya menurut jer ape yang dikatakan. Jadi diringkaskan cerita memang kitaorang masuk jalan yang sesat, sesat dan terus sesat di dalam kesesakan lalu lintas di dalam UPM tu.
Setelah jam menunjukkan 9.10 pagi baru la kitaorang mengakui kitaorang dah salah jalan. Sebagai langkah terakhir Aishah cuba menelefon rakan nya yang dulu belajar di UPM. Tetapi nasib tidak menyelebelahi kami kerana rakan Aishah tu pun tidak tahu di mana bangunan MARDI itu cuma dia cakap pernah dengar tapi tak tau kat mana.. hati yang kecewa kini kian remuk. Menurut rakan Aishah UPM ni memang ”hobi" nya jam. Hati Aishah telah kecewa kerana gagal sampai ke tempat di tuju pada masa yang ditetapkan. Ini bermakna Aishah tidak dapat menduduki peperiksaan SPA yang selama ini ditunggu-tunggu. Aku yang berada disebelah cuba memujuk hatinya yang kecewa itu. "Takpe la kita cuba lalu Pintu Utama UPM tu, mana la tau ade kat situ kot bagunan MARDI tu. Klau lambat cuba la mintak nak masuk jugak sebab mcm ramai jer orang yang lambat." kata aku cuba memujuk hati Aishah yang kecewa itu.
Memang betul bangunan MARDI tu ade kat pintu utama UPM, tapi masa kitaorang sampai kat situ jam dah pun pukul 9.40 pagi. 9.40 pagi adalah tamat masa untuk paper pertama. hehe so Aishah dah tawar hati untuk mengambil peperiksaaan SPA itu. Aishah mengambil telefon bimbit dan SMS ibunya tentang hasratnya yang tak tercapai itu. Sooo setelah hati retak seribu, remuk dan hancur berderai tidak dapat mengambil peperiksaan SPA aku terus memberi cadangan untuk mengurangkan kekecewaan. Cadangan bermula dengan bersarapan pagi di Pasar Tani UPM. Sekurang-sekurangnya tak dapat amik peperiksaan SPA dapat breakfast kat UPM pon jadi la. Kami bersarapan Laksa Penang. Sungguh sedap laksanya dengan cuaca yang hujan renyai-renyai memang sangat la masyuk. Semasa bersarapan itu aku memberi cadangan kepada Aishah.. "Apa kata kita pergi Low Yatt? sebab nak amik RAM hari tu masa beli laptop kedai kat Low Yatt tu lupa bagi". Aishah just kata okay. "Lepas tu kita pegi The Curve lunch nak tak?" kataku lagi.. "Saya tak kesah", kata Aishah.
So selepas sarapan tu kami ke Low Yatt Plaza untuk mengambil RAM dan sempat jugak aku membeli sedikit barang-barang. Kemudian kami berdua pergi ke The Curve bagi mengubati hati Aishah yang kecewa, hancur lebur, remuk dan retak seribu tak dapat ambil exam SPA itu. Inilah kisah dari Peperiksaan Exam SPA ke The Curve. hehe